- Mohamad Zohari
- IKTBN Chembong
- Hits: 17
Budayakan Ruang Kerja Kondusif, IKTBN Chembong Diiktiraf Di Peringkat Kementerian
PUTRAJAYA, 13 Jun – Usaha berterusan warga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong dalam menyuburkan amalan persekitaran kerja berkualiti membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Pengiktirafan yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato' Rahimi Ismail bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan kementerian bagi Jun 2026 itu menjadi bukti komitmen tinggi agensi latihan berkenaan dalam memperkasakan standard penyampaian perkhidmatan awam.
Hadir menerima anugerah berkenaan ialah Pengarah IKTBN Chembong, Tn. Hj. Khairul Anuar bin Hj Deni.
"Semoga kejayaan ini terus menjadi penyuntik semangat buat seluruh warga institut untuk sentiasa membudayakan persekitaran ruang kerja yang ceria, kondusif, dan produktif," katanya.
Pencapaian cemerlang tersebut bukan sahaja melonjakkan imej institusi, malah diharap mampu menjadi pemangkin motivasi kepada kakitangan untuk mengekalkan budaya kerja yang efisien demi keselesaan bersama serta para pelajar.
