IKTBN Chembong Lonjak Peluang Kerjaya Pelajar Jentera Berat

    IKTBN Chembong Lonjak Peluang Kerjaya Pelajar Jentera Berat

    CHEMBONG, 17 Jun 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong terus mengorak langkah proaktif dalam memastikan kebolehpasaran graduan apabila menganjurkan satu sesi taklimat kerjaya dan temuduga penempatan latihan industri (internship) yang berimpak tinggi, kelmarin.

    Program khas yang diadakan di Bilik Seminar IKTBN Chembong itu menyasarkan para pelajar semester akhir bagi kursus Automotif Teknologi Jentera Berat. Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan pihak institut untuk membuka peluang kerjaya yang lebih luas, sekali gus mendedahkan pelajar kepada realiti persekitaran industri jentera berat yang sebenar.

    Sesi taklimat telah disampaikan dengan penuh inspirasi oleh Encik Fauzuwairi selaku Pengurus Sumber Manusia Serantau (Regional HR). Beliau berkongsi pelbagai input kritikal mengenai persediaan melangkah ke alam kerjaya serta ekspektasi majikan terhadap tenaga kerja masa kini.

    Program ini turut diserikan dengan kehadiran barisan panel penilai dan wakil hebat daripada pihak industri terkemuka, SDG, serta barisan pengurusan tertinggi IKTBN Chembong bagi memastikan kelancaran sepanjang proses temuduga yang melibatkan seramai 22 orang pelajar semester akhir.

    Delegasi SDG diketuai oleh Puan Suhaila Buang (Pengurus Kanan, Upstream Malaysia), Encik Nimaalan (Projek LOKAL), Encik Amirul Uzair (Projek LOKAL), dan Encik Mohd Syafiq (Regional Mechanisation).

    Manakala pihak IKTBN Chembong pula diketuai oleh Encik Azhar dan dibantu oleh Encik Khairul, dan Encik Fikri Sham.

    Pihak pengurusan institut menzahirkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada kesemua 22 orang calon pelajar yang telah menghadiri sesi temuduga tersebut. Langkah awal ini diharapkan menjadi titik permulaan yang kukuh ke arah melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan membina kerjaya yang cemerlang di masa hadapan.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong
    71300 Rembau,
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No.telefon: 06-6857900
    No.faks: 06-6857989
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.