KBS, PSM Jalin Kerjasama Strategik Perkasa TVET Sukan Negara

    KBS, PSM Jalin Kerjasama Strategik Perkasa TVET Sukan Negara

    BUKIT JALIL, 19 Mei – Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) bakal menjalinkan kerjasama strategik dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi memperkasakan agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sukan negara.

    Satu sesi perbincangan dan perjumpaan susulan telah diadakan hari ini bagi memperincikan pelbagai perancangan dan inisiatif berpotensi yang mampu memberi impak besar kepada sektor berkenaan.

    Antara fokus utama perbincangan termasuklah pelaksanaan kursus jangka pendek, program latihan industri untuk pelajar, serta latihan sangkutan industri khusus bagi tenaga pengajar ILKBS.

    "Langkah proaktif ini dilihat mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir tempatan yang kompeten, sekali gus memenuhi permintaan dan keperluan industri sukan negara yang semakin berkembang pesat," menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

    Turut hadir memberikan komitmen dalam sesi tersebut ialah wakil daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong yang diwakili oleh Ketua Cawangan Hubungan Industri, En. Md Azhar Parlan dan Ketua Bahagian Landskap Pembinaan, Pn. Haslida Zulkifli.

    Jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak ini diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada ekosistem sukan tanah air, disamping terus memperkukuh dan memartabatkan kualiti graduan TVET sukan di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong
    71300 Rembau,
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No.telefon: 06-6857900
    No.faks: 06-6857989
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.