Taklimat Latihan Industri Siri 1 2026

    Taklimat Latihan Industri Pelajar Scaffolding & Kren Menara IKTBN Chembong

    CHEMBONG, 15 April 2026 – Satu sesi taklimat Latihan Industri (LI) telah diadakan kepada pelajar program Scaffolding & Kren Menara IKTBN Chembong bagi sesi 2/2026.

    Taklimat yang berlangsung di Bilik Seminar IKTBN Chembong ini telah disampaikan oleh En. Aiman Ghani daripada Cawangan Hubungan Industri IKTBN Chembong. Sesi ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai tatacara pelaksanaan LI, tanggungjawab pelajar serta perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian sepanjang berada di industri.
    Latihan Industri ini akan berlangsung selama tiga bulan, di mana para pelajar akan ditempatkan di syarikat berkaitan bagi mendapatkan pengalaman kerja sebenar dalam bidang scaffolding dan kren menara.

    Diharapkan melalui taklimat ini, para pelajar lebih bersedia dari segi mental dan fizikal serta dapat memanfaatkan peluang Latihan Industri dengan sebaiknya bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran diri.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong
    71300 Rembau,
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No.telefon: 06-6857900
    No.faks: 06-6857989
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.