Lawatan JAWAHIR ke ke IKTBN Chembong

    LAWATAN SAMBIL BELAJAR JABATAN ALAM BINA (INTAKE) JAWAHIR BATU PAHAT JOHOR

    23 April 2026 Seramai 18 orang pelajar bersama 3 orang pegawai pengiring telah mengadakan lawatan sambil belajar ke IKTBN Chembong. Delegasi ini diketuai oleh Tc Muhammad Fuad bin Abdul Ghafar, Ketua Sektor Tahfiz TVET Jawahir Al Ulum. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan IKTBN Chembong yang telah diadakan di bilik seminar oleh En Fikri Sham, pegawai Cawangan Hubungan Industri. Seterusnya, taklimat khusus mengenai Kren Menara dan Scaffold telah disampaikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman iaitu Tc Affendy bin Bohari dan En Azrul Bin Adnan

    Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Ketua Jabatan Teknologi Awam, En. Mohd Faris bin Jamaludin. Selepas sesi taklimat, para pelajar telah diberikan penerangan lanjut berkaitan Kren Menara dan scaffold, serta berpeluang merasai pengalaman pembelajaran secara amali. Semoga lawatan ini dapat memberikan pendedahan dan manfaat yang berguna kepada para pelajar.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong
    71300 Rembau,
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No.telefon: 06-6857900
    No.faks: 06-6857989
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.