- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 14
Jemputan sebagai pempamer kerjaya dalam Program Karnival STEM 2026
06 April 2026- Pandan Indah.
IKTBN Dusun Tua telah menerima jemputan sebagai pempamer kerjaya dalam Program Karnival STEM 2026 yang berlangsung di SMK Pandan Indah. Penyertaan ini melibatkan dua pegawai dari Hal Ehwal Pelajar (HEP) serta seorang Pegawai CHI.
Program ini menjadi platform untuk berkongsi maklumat berkaitan peluang latihan kemahiran dan laluan kerjaya kepada para pelajar, selaras dengan usaha memperkasa pendidikan STEM dalam kalangan generasi muda.
