- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 4
LAWATAN KOLABORASI PROGRAM KOMUNITI PERSATUAN PAKAR PERUBATAN KELUARGA SELANGOR 2026 DI IKTBN DUSUN TUA
14 Ogos 2026 - Jumaat
IKTBN Dusun Tua meneruskan jalinan kerjasama bersama agensi melalui kolaborasi bagi penganjuran program komuniti daripada Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Selangor 2026 yang akan diadakan di IKTBN Dusun Tua pada bulan Oktober 2026. Satu perbincangan kerjasama telah diadakan melibatkan barisan wakil daripada persatuan dan wakil IKTBN Dusun Tua yang diketuai oleh Tuan Pengarah, Ts. Samsuri bin Arif.
Perbincangan tertumpu kepada perjalanan dan pengisian program yang akan melibatkan pelajar ILKBS dan warga belia setempat. Program yang bertemakan "Own Your Future: Youth Smart, Take Control" memfokuskan kepada kesihatan mental, kesihatan seksual dan reproduktif serta pencegahan penyakit tidak berjangkit dalam kalangan remaja.
Semoga program yang akan diadakan ini memberi manfaat kepada para pelajar dan belia, seterusnya menjadi insan yang peka dan cakna kepada kepentingan kesihatan diri demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna.
