- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 13
LAWATAN PENYERAHAN PRODUK INOVASI IKTBN DUSUN TUA "HEALTH VOICE" DI MALAYSIAN ASSOCIATION FOR THE BLIND (MAB)
21 Julai 2026 - Selasa
Malaysian Association for the Blind (MAB)
Lawatan penyerahan Health Voice telah diadakan di Malaysian Association for the Blind (MAB) bagi membolehkan prototaip inovasi ini digunakan dalam penggunaan sebenar (real-world testing) serta mendapatkan maklum balas daripada pengguna OKU Penglihatan untuk tujuan penambahbaikan.
Delegasi lawatan diketuai oleh En. Khachern, Ketua Jabatan Mekanikal selaku Penyelaras Projek, bersama ahli-ahli kumpulan projek serta wakil daripada Cawangan Hubungan Industri(CHI).
Health Voice merupakan sistem pengurusan ubat pintar berasaskan teknologi NFC yang dibangunkan khas bagi membantu OKU Penglihatan mengenal pasti ubat dan menerima arahan pengambilan melalui audio dengan mudah, tepat dan selamat.
Semoga kerjasama ini menjadi langkah awal ke arah memperkasakan teknologi inklusif yang mampu meningkatkan tahap keselamatan, keyakinan serta kualiti hidup OKU Penglihatan dalam pengurusan ubat harian.
"Dengar Ubat, Faham Arahan, Ambil Dengan Selamat."
