- Dzulkifli Bujang
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 47
Majlis Sambutan Wira & Wirawati Worldskills Asean Manila 2025
Majlis Sambutan Wira & Wirawati Malaysia, WorldSkills Asean Manila 2025 telah diadakan di Hotel Sama Sama KLIA, para peserta dan delegasi telah disambut dengan penuh penghormatan & penghargaan oleh Tim.Menteri Sumber Manusia, YB.Dato' Sri Abdul Rahman Mohamad. Secara keseluruhan, Malaysia berjaya meraih kejayaan cemerlang di WorldSkills Asean Manila 2025 dengan mengumpul 13 pingat Emas, 4 Perak, 3 Gangsa, dan 2 Medallion for Excellence dan Malaysia juga dinobatkan sebagai Juara keseluruhan WorldSkills Asean Edisi Ke-14 di Manila 2025...!!!!
Kemenangan ini amat bermakna, terutama dalam sempena menyambut Hari Merdeka ke-68 yang memperlihatkan kecemerlangan dalam bidang kemahiran dan mengharumkan nama negara di persada dunia.
Turut hadir dalam majlis sambutan ini adalah Timbalan Pengarah Kemahiran, BPKB KBS, Pn. Zakiah Mat Jali, yang turut memberikan penghargaan kepada semua peserta yang mewakili ILKBS.
Bagi Team DTST, tahniah diucapkan kepada Sdr Kairul Amer Ruslan yang berjaya meraih Medallion for Excellence dengan pencapaian markah yang luar biasa, memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Committee WorldSkills. Kejayaan ini membuktikan komitmen dan dedikasi beliau dalam bidang kemahiran dibantu Jurulatih Negara En.Mohd Nasir dan Pakar Negara En.Mohd Fauzi yang tidak pernah mengenal lelah dalam mempersiapkan Sdr Kairul bagi menghadapi cabaran di Manila.
Syabas dan tahniah! 

Penyelaras DTST
TVET.
Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS.
Profesional Terunggul