MESYUARAT PENYELARASAN PENGANJURAN PERTANDINGAN ILKBS SKILLS & LAWATAN TAPAK PERTANDINGAN BIDANG ELECTRICAL INSTALLATIONS

    MESYUARAT PENYELARASAN PENGANJURAN PERTANDINGAN ILKBS SKILLS & LAWATAN TAPAK PERTANDINGAN BIDANG ELECTRICAL INSTALLATIONS

     
    21 April 2026 telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Pertandingan ILKBS SKILLS serta Lawatan Tapak Pertandingan bagi bidang Electrical Installations bertempat di Bilik Mesyuarat Utama IKTBN Dusun Tua.
    Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada BPKB yang diketuai Ketua.Pen.Pengarah Cawangan Kerjasama Strategik & Kreatif, Pn.Liyana Haminudin bersama pihak IKTBN Dusun Tua yang diketuai oleh Pengarah En.Samsuri Arif.
    Antara perkara yang dibincangkan termasuklah aspek persediaan teknikal, susun atur tapak pertandingan, spesifikasi peralatan, pematuhan piawaian keselamatan serta kriteria penilaian pertandingan.
    Sesi lawatan tapak turut diadakan bagi memastikan ruang pertandingan memenuhi keperluan dan standard yang telah ditetapkan.
    Kerjasama erat semua pihak yang terlibat diharap dapat memastikan penganjuran Pertandingan ILKBS SKILLS kali ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan.
    GO FOR GOLD....!!!

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my