PERBINCANGAN KERJASAMA BERSAMA MEGA TRANS AUTO ENTERPRISE BAGI PELAKSANAAN KURSUS ENGINE OVERHAUL UNTUK JABATAN BOMBA MALAYSIA

     
    16 Julai 2026 - Khamis
    Satu perbincangan telah diadakan melibatkan wakil pengajar Jabatan Teknologi Automotif, bidang Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan bersama wakil Mega Trans Auto Enterprise bagi pelaksanaan kursus Engine Overhaul untuk Jabatan Bomba Malaysia.
    Pengisian perbincangan antaranya cadangan kursus yang akan dilkasanakan pada bulan September 2026 melibatkan penyertaan 20 orang pegawai Jabatan Bomba Malaysia.
    Program dilaksanakan secara kerjasama dengan Mega Trans Auto Enterprise yang merupakan workshop panel untuk kenderaan Jabatan Bomba Malaysia.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my