PROGRAM CERAMAH GAYA HIDUP LESTARI DI IKTBN DUSUN TUA
24 September 2026 - Khamis
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menganjurkan Program Ceramah Gaya Hidup Lestari 2026 bersama Pelajar IKTBN Dusun Tua.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat ,khususnya golongan belia, mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup lestari sebagai langkah mengurangkan kos sara hidup ,meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga serta memulihara alam sekitar.
Seramai 95 orang pelajar dari pelbagai jurusan terlibat dengan program ini. Diharap program ini dapat menyokong usaha pihak institusi dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik dan kemahiran, malah mempunyai tanggungjawab sosial ,kepimpinan serta kesedaran terhadap Matlamat Pembangunan Mampan.
