Sesi Semakan Verifikasi Portfolio, LPKT dan Pembentangan Projek bagi  Program Sistem Pengagihan dan Penjanaan Tenaga Elektrik Voltan Rendah

    Sesi Semakan Verifikasi Portfolio, LPKT dan Pembentangan Projek bagi Program Sistem Pengagihan dan Penjanaan Tenaga Elektrik Voltan Rendah

    5 Jun 2026, telah berlangsung sesi semakan verifikasi portfolio, LPKT dan pembentangan projek ke atas pegawai IKTBN Dusun Tua, En. Mohd Nasir bin Md Bakhir bagi Program Sistem Pengagihan dan Penjanaan Tenaga Elektrik Voltan Rendah (F432-005-5:2019).
    Pegawai Pengesah Luaran yang bertanggungjawab menilai ialah En. Harpajan Singh A/L Jeswant Singh dari Kuala Lumpur. Alhamdulillah, hasil semakan verifikasi tersebut menunjukkan pegawai yang dinilai telah berjaya memberi pembuktian yang mencukupi dengan beberapa penambahbaikan yang dikenal pasti, sekaligus layak dianugerahkan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).
    Sekalung penghargaan turut diberikan kepada En. Mohd Yasmiadri bin Yusop, selaku penyelaras PPT yang sentiasa membantu dan memberi tunjuk ajar kepada pegawai IKTBN Dusun Tua dalam melaksanakan SKM, DKM dan DLKM melalui kaedah PP-PPT.
    Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kemajuan institut serta meningkatkan taraf persijilan pegawai, seiring dengan aspirasi JPK dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my