- Haszreen
- IKTBN Temerloh
- Hits: 34
AUDIT PEMERIKSA LUAR PROGRAM TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (MQA) DI IKTBN TEMERLOH
AUDIT PEMERIKSA LUAR PROGRAM TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (MQA) DI IKTBN TEMERLOH
Temerloh, 13 November 2025 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah menerima kunjungan Pemeriksa Luar bagi tujuan penilaian pelaksanaan Program Teknologi Kejuruteraan yang diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Audit ini dijalankan oleh Ts. Dr. Abd Fathul Hakim bin Zulkifli dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Audit yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan semakan dokumen pengajaran, temuduga staf akademik, lawatan ke fasiliti makmal dan bengkel, serta sesi temuduga bersama pelajar. Penilaian dilaksanakan secara menyeluruh berdasarkan 7 Bidang Penilaian MQA, iaitu aspek utama yang merangkumi pengurusan program, kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, penilaian pelajar, sokongan akademik, sumber dan fasiliti, serta kualiti berterusan.
Antara program yang dinilai termasuk:
• Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Automotif
(MQA/FA0433)
• Sijil Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Automotif
(MQA/FA0435)
• Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Automotif
(MQA/FA0836)
• Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Automotif
(MQA/FA0834)
Turut hadir dalam sesi audit ini ialah barisan kepimpinan IKTBN Temerloh termasuk Pengarah, Timbalan Pengarah Latihan, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Ketua Fakulti Automotif, serta pegawai-pegawai cawangan dan jurusan yang berkaitan.
Pihak pengurusan IKTBN Temerloh merakamkan penghargaan atas kerjasama semua pegawai dan staf yang terlibat sepanjang proses audit. Hasil penilaian ini dijangka memberi input penting bagi penambahbaikan berterusan program akademik dan memastikan kualiti pendidikan yang ditawarkan sentiasa memenuhi piawaian MQA.
