- Haszreen
- IKTBN Temerloh
- Hits: 6
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & APRESIASI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN 2026
PICC Putrajaya, 30 Julai 2026 - Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah di Majlis Anugerah Kecemerlangan & Apresiasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2026 yang telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi anak Bimol dan Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato' Rahimi Ismail. Majlis telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan atas dedikasi, komitmen dan kecemerlangan yang telah dipamerkan dalam melaksanakan tugasan dalam sebuah organisasi.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti dan berorientasikan kecemerlangan
dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.
Pengarah serta warga IKTBN Temerloh turut berbangga atas kejayaan yang diraih. Semoga penghargaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga institut untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh semangat kerja berpasukan serta mengharumkan nama IKTBN Temerloh dan Kementerian Belia dan Sukan. Tidak lupa juga kepada kakitangan IKTBN Temerloh yang telah bersara pada tahun 2025 yang turut sama diraikan dalam Majlis ini.
