- Haszreen
- IKTBN Temerloh
- Hits: 9
THROWBACK - IKTBN TEMERLOH MENERIMA JEMPUTAN MENGADAKAN PAMERAN KERJAYA DAN CERAMAH KERJAYA BERTAJUK "LALUAN PINTAR KERJAYA HEBAT"
THROWBACK - IKTBN TEMERLOH MENERIMA JEMPUTAN MENGADAKAN PAMERAN KERJAYA DAN CERAMAH KERJAYA BERTAJUK "LALUAN PINTAR KERJAYA HEBAT" UNTUK LEPASAN SPM DALAM BIDANG TVET DI SMK SRI BAHAGIA, TEMERLOH, PAHANG.
2 Julai 2026 - Dewan Sudirman SMK Seri Bahagia, Temerloh | Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah menerima jemputan untuk mengadakan Pameran Kerjaya TVET dan Ceramah Kerjaya di sini hari ini.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada seramai 200 orang murid Tingkatan 3, 4 dan 5 dari sekolah tersebut mengenai peluang pendidikan serta laluan kerjaya dalam bidang TVET. Dengan tema “Laluan Pintar Kerjaya Hebat”, Ceramah dan pameran ini menjadi platform penting untuk membimbing murid mengenali bidang kemahiran sebagai pilihan masa depan yang menjanjikan prospek kerjaya luas dan berdaya saing. Semua murid yang hadir dilihat menunjukkan minat dan komitmen terhadap usaha memperkasa pendidikan berasaskan kemahiran. Kehadiran mereka membuktikan sokongan padu pihak sekolah dalam memberi pendedahan awal terhadap laluan kerjaya yang lebih praktikal dan relevan dengan keperluan industri semasa.
IKTBN Temerloh telah menghantar tiga orang pegawai untuk memeriahkan acara ini. Puan Siti Aishah binti Mustafa, KC. CKS bertindak sebagai penceramah dalam slot ceramah kerjaya memberikan penerangan mendalam tentang peluang pendidikan selepas SPM serta prospek kerjaya dalam bidang TVET. Sementara itu, Puan Malissa Afie binti Muhammad Ridzuan, Pegawai CKS bersama Encik Muhd Zulkifli bin Mohd Yusoff, Pegawai Bengkel Semburan Cat bertindak sebagai pempamer sepanjang program berlangsung. Mereka memperkenalkan bidang kemahiran melalui pameran interaktif dan demonstrasi asas sekali gus memberi pengalaman bermakna kepada para murid.
Program ini berjaya mencapai objektifnya dengan meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan kemahiran teknikal sebagai pilihan masa depan. Murid memperoleh maklumat jelas mengenai laluan kerjaya pintar melalui TVET sekali gus membuka ruang kepada mereka untuk merancang masa depan dengan lebih yakin. Selain itu, hubungan kerjasama antara IKTBN Temerloh dan SMK Seri Bahagia semakin kukuh ini mewujudkan peluang untuk program susulan yang lebih meluas pada masa akan datang.
Kesimpulannya program ini ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada murid tentang bidang TVET sebagai laluan kerjaya hebat tetapi juga mengukuhkan peranan IKTBN Temerloh dalam menyokong usaha memperkasa generasi muda melalui pendidikan berasaskan kemahiran.
