Image

    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar merupakan sebuah institusi latihan kemahiran awam di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diwujudkan bagi melahirkan golongan belia berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang teknikal serta vokasional. Majlis pecah tanah bagi penubuhan IKBN Bandar Penawar telah diadakan pada 12 Februari 2008 dan disempurnakan oleh YB Dato' Sri Azalina binti Othman Said. Institut ini dibangunkan di atas tapak seluas kira-kira 43 ekar di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

    Pemilihan Bandar Penawar sebagai lokasi penubuhan amat bertepatan kerana kawasan ini sedang pesat membangun, khususnya dengan projek pembangunan di Pengerang dan Desaru yang memberi impak besar kepada sektor pelancongan, hospitaliti serta industri minyak dan gas. Bandar Penawar sendiri merupakan bandar baru yang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) sejak tahun 1979, lengkap dengan pelbagai kemudahan awam, pusat pendidikan, perpustakaan dan fasiliti sukan.

    Penubuhan IKBN Bandar Penawar selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan peluang latihan kemahiran berkualiti kepada belia setempat. Matlamat utama penubuhan adalah untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, meningkatkan kebolehpasaran belia dalam sektor perhotelan, hospitaliti dan minyak & gas serta menyokong pembangunan ekonomi negara.

    Antara program yang ditawarkan di IKBN Bandar Penawar bagi memenuhi permintaan pasaran kerja khususnya dalam sector hospitaliti, perhotelan dan minyak & gas adalah seperti berikut:

    Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan)
    Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)
    Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyajian )
    Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Perkhidmatan Kaunter Hadapan - Front Office)
    Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Room Aesthetics & Decoration)
    Sijil Teknologi Hospitaliti (Room Aesthetics & Decoration
    Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Kimpalan)
    Sijil Teknologi Awam (Juruperancah Asas)

    Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme Dan Berkeperluan Khas Selain bidang pengajian, IKBN Bandar Penawar turut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti pembelajaran dan kemudahan sokongan termasuk dewan sebaguna, bilik kuliah, pusat sumber, perpustakaan, surau dan pelbagai kemudahan rekreasi. Persekitaran pembelajaran yang kondusif ini menjadikan IKBN Bandar Penawar antara pusat latihan kemahiran yang unggul dan mendapat penilaian positif daripada pelajar serta masyarakat setempat.

    Secara keseluruhannya, IKBN Bandar Penawar memainkan peranan penting sebagai hab latihan kemahiran belia di Johor. Penubuhannya bukan sahaja menyediakan peluang pendidikan teknikal kepada generasi muda, malah menyumbang secara langsung kepada penyediaan tenaga kerja mahir bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.