
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar terus berkembang sebagai sebuah institusi latihan kemahiran yang unggul dalam melahirkan belia berkemahiran tinggi, berdaya saing dan berintegriti.
Sebagai sebuah institusi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), IKBN Bandar Penawar komited dalam memberikan latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang berkualiti selaras dengan kehendak industri dan perkembangan teknologi semasa. Kami sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran, infrastruktur dan kebolehpasaran graduan agar selari dengan matlamat nasional dalam memperkasakan tenaga kerja mahir negara.
Portal rasmi ini dibangunkan sebagai medium komunikasi dan penyampaian maklumat terkini berkaitan aktiviti, program dan pencapaian warga IKBN Bandar Penawar. Ia juga berperanan sebagai jambatan interaksi antara pihak institut dengan para pelajar, ibu bapa, industri dan masyarakat umum.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua warga kerja IKBN Bandar Penawar atas dedikasi dan komitmen yang berterusan dalam memastikan kualiti perkhidmatan latihan kekal cemerlang. Kepada para pelajar, rebutlah peluang yang ada di sini untuk menimba ilmu dan kemahiran sebagai bekalan masa depan.
Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
Jalan Kejora Utama 81930
Bandar Penawar, Johor
No.Tel : 07-8221 567
Email :