Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image

    Dari Bengkel ke Tapak, Dari Dapur ke Pelantar!

    IKBN Bandar Penawar membuka peluang luas dengan kursus Mekanikal, Awam, Hospitaliti & Minyak & Gas. Dari enjin berputar di bengkel, binaan berdiri megah di tapak, layanan penuh kelas di dapur hingga cabaran pelantar minyak – semua bermula di sini!

    KECEMERLANGAN KEMAHIRAN, KEJAYAAN KEHIDUPAN

    Berbekalkan modul moden, fasiliti terkini, serta bimbingan pakar, IKBN Bandar Penawar menjadi pilihan utama belia yang ingin membina kerjaya berkemahiran tinggi.

    KURSUS
    0
    KAKITANGAN
    0
    GRADUASI
    0
    %
    PELAJAR
    0
    Image
    Kursus ini merangkumi dua CU utama iaitu Guest Room Cleaning dan Housekeeping Guest Services. Pelatih akan diajar prosedur pengemasan katil mengikut SOP industri hotel, pembersihan bilik air, penyediaan amenities, pembersihan keseluruhan bilik, serta make-up room untuk tetamu. Selain itu, silibus turut meliputi pengendalian perkhidmatan tetamu termasuk special request, asas folding towel, flower arrangement, dan perkhidmatan laundry.
    Image

    Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Room Aesthetics & Decoration)

    Image

    Umur 18-30 Tahun, Belum Berkahwin, Tamat Tingkatan 5

    Image

    Tempoh Pengajian

    Image

    Elaun Bulanan, Tempat Tinggal & Makan Percuma

    Prospek Kerjaya : Pelatih yang tamat akan bekerja di bidang industri perhotelan sebagai Room Attendant / Chambermaid atau Public Area Attendant.

    MASA DEPAN CERAH BERMULA DI SINI

    IKBN Bandar Penawar menawarkan peluang belajar tanpa beban kewangan:

    Image

    Pengajian Percuma

    Image

    Elaun Bulanan

    Image

    Kemudahan Perubatan

    Image

    Makan Minum Percuma

    Image

    Penginapan Percuma

    Pemohon mestilah merupakan seorang warganegara Malaysia. Keutamaan ini diberikan kerana institusi latihan kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan khusus bagi melatih serta membangunkan kemahiran belia tempatan.

    Pemohon mestilah mempunyai keupayaan asas untuk mengira, membaca dan menulis. Keupayaan ini penting bagi memastikan pemohon dapat mengikuti pembelajaran serta memahami arahan bertulis dan pengiraan teknikal sepanjang latihan.

    Pemohon mestilah berusia di antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Julat umur ini ditetapkan bagi memastikan pemohon berada dalam lingkungan usia belia yang sesuai untuk mengikuti latihan kemahiran.

    Pemohon mestilah berkelulusan sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 5 atau memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kelayakan ini penting bagi memastikan pemohon mempunyai asas pengetahuan yang mencukupi untuk mengikuti latihan.

    Pemohon mestilah belum berkahwin atau berstatus bujang. Syarat ini bertujuan memastikan pemohon dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan yang dijalankan.

    Pemohon mestilah sihat tubuh badan. Kesihatan yang baik penting bagi memastikan pemohon dapat mengikuti latihan kemahiran dan aktiviti fizikal sepanjang program tanpa sebarang halangan yang serius.

    Pemohon yang tidak pernah mengikuti latihan kemahiran dimana-mana Institut Latihan Awam atau Swasta (Kecuali untuk calon yang mempunyai Sijil Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pengajian
    Pemohon yang sedang menjalani latihan kemahiran di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan, belum peroleh sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan untuk memohon untuk tahap selanjutnya
    Pelajar yang tidak menamatkan latihan/ disingkirkan dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awan yang lain, tidak dibenarkan untuk memohon.

    Pemohon mestilah memenuhi syarat tambahan yang ditetapkan mengikut bidang pilihan, sekiranya ada. Syarat ini bergantung kepada keperluan khusus setiap kursus bagi memastikan pemohon benar-benar sesuai untuk mengikuti latihan dalam bidang tersebut.

    Muhammad Hasifi Bin Othman - Pada mulanya minat saya dalam bidang masakan tercetus apabila menonton rancangan memasak Master chef Malaysia, kemudian pada zaman sekolah saya banyak menyertai pertandingan masak yang dianjurkn oleh pihak sekolah, seterusnya selepas spm saya memohon melalui UPU utk bidang culinary dan saya ditawarkn sijil Kemahiran Malaysia tahap 1 dan 2 di IKBN Bandar Penawar pada tahun 2015. Saya menimba ilmu selama 2tahun dan Saya bermula dari Latihan industry selama 3bulan di private school Cempaka Damansara dan diserap sebagai pekerja tetap sebagai commis3 kemudian selepas setahun saya di promote commis 2, setelah setahun memegang position commis2 sye beralih ke dunia perhotelan di Pullman KLCC Hotel sebagai commis 1 selama 2Tahun. Kemudian apabila covid melanda saya beralih arah ke kem tentera Wisma ATM, Apabila Pendamic berakhir saya Kembali ke dunia perhotelan semula di Sofitel Kuala Lumpur sebagai demi chef dan selepas beberapa tahun saya di promote sebagai chef de partie kemudian di hantar ke Singapore untuk food promotion. Kemudian saya ingin mencuba dan pengalaman yang baru di Amari Kuala Lumpur sebagai senior chef de partie. Saya mengambil masa selama 8 tahun untuk berada di tahap ini dan saya sangat berpuas hati dengan pencapaian kerjaya saya

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.