MATLAMAT IKBN JITRA
Matlamat utama penubuhan IKBN Jitra ialah memberi latihan dalam melahirkan para belia yang berdisiplin, berkemahiran teknikal dan berpengetahuan perniagaan. Manakala objektif penubuhannya adalah untuk memberi latihan vokasional kepada golongan belia dalam bidang-bidang kemahiran bagi melahirkan sumber tenaga kerja mahir mengikut piawaian persijilan kemahiran.
Di samping dapat memberi khidmat nasihat dalam meningkatkan disiplin di kalangan belia sesuai dengan aspirasi negara, memberi latihan perniagaan dan perdagangan bagi melahirkan usahawan yang progresif dan berdaya saing serta menyediakan kursus jangka pendek dalam bidang-bidang tertentu sebagai latihan lanjutan kemahiran bagi meningkatkan mutu kerja.
Institut ini menjalankan konsep latihan bersepadu seperti bidang kemahiran, latihan kawad dan budaya disiplin, keusahawanan, bina insan dan kepimpinan, keagamaan, sukan dan rekreasi serta khidmat masyarakat dengan ratio kemahiran sebanyak 70 % dan pembangunan insan sebanyak 30 %
VISI
Membina generasi belia yang mempunyai jati diri dan kompeten dalam kemahiran bagi memenuhi keperluan pembangunan negara.
MISI
Menghasilkan belia yang berkemahiran, berdisiplin, berakhlak mulia dan berwawasan untuk keperluan tenaga kerja selaras dengan pembangunan negara.
OBJEKTIF
Menyediakan peluang latihan kemahiran kepada belia melalui pelbagai pendekatan untuk melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan negara.
Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
Km 23, Jalan Changloon,
06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
No.telefon: 04-9174676
No.faks: 04-9174444
Emel: