Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra ialah sebuah institusi di bawah rangkaian Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) yang menawarkan kursus kemahiran TVET kepada belia dari seluruh negara. Kampus ini terletak di Kilometer 23, Jalan Changloon, Jitra, Kedah Darul Aman dan dibangunkan di atas tapak seluas 52 ekar. Akses ke kampus boleh melalui jalan lama Changloon atau Lebuhraya Utara–Selatan, menjadikannya mudah dicapai dari pelbagai arah.
IKBN Jitra mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 1991 dan kemudiannya dirasmikan pada 10 Oktober 1991 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. Bagi memperkukuh keupayaan latihan, penaiktarafan terbaharu disiapkan pada tahun 2012 meliputi pembinaan bangunan baharu untuk Pejabat Pentadbiran, Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan jabatan-jabatan teknologi, di samping perolehan peralatan serta bahan latihan yang lebih moden.
Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
Km 23, Jalan Changloon,
06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
No.telefon: 04-9174676
No.faks: 04-9174444
Emel: