Berbekalkan modul moden, fasiliti terkini, serta bimbingan pakar, IKBN Jitra menjadi pilihan utama belia yang ingin membina kerjaya berkemahiran tinggi.
Diploma Teknologi Fesyen dan Pakaian - Rekaan Fesyen.
Umur 18-30 Tahun, Belum Berkahwin, Tamat Tingkatan 5
Tempoh Pengajian 15 bulan
Elaun Bulanan, Tempat Tinggal & Makan Percuma
Tingkatkan kemahiran anda tanpa menjejaskan rutin harian dengan kursus separuh masa IKBN Jitra — fleksibel, praktikal, dan direka untuk membantu anda capai impian walau sibuk bekerja.
Latihan asas kemahiran jangka pendek di bawah Program STAR@U MyFuture Youth Plus – reskilling, upskilling & cross-skilling untuk masa depan lebih cerah.
Modular & Praktikal – asas elektrik, operasi acara, asas kimpalan & lain-lain
5 Hari Intensif – cepat, fokus & terus boleh praktik
Bimbingan Pakar – tenaga pengajar berpengalaman
IKBN Jitra menawarkan peluang belajar tanpa beban kewangan:
Pengajian Percuma
Elaun Bulanan
Kemudahan Perubatan
Makan Minum Percuma
Penginapan Percuma
Pemohon mestilah mempunyai keupayaan asas untuk mengira, membaca dan menulis. Keupayaan ini penting bagi memastikan pemohon dapat mengikuti pembelajaran serta memahami arahan bertulis dan pengiraan teknikal sepanjang latihan.
Pemohon mestilah berusia di antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Julat umur ini ditetapkan bagi memastikan pemohon berada dalam lingkungan usia belia yang sesuai untuk mengikuti latihan kemahiran.
Pemohon mestilah berkelulusan sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 5 atau memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kelayakan ini penting bagi memastikan pemohon mempunyai asas pengetahuan yang mencukupi untuk mengikuti latihan.
Pemohon mestilah belum berkahwin atau berstatus bujang. Syarat ini bertujuan memastikan pemohon dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan yang dijalankan.
Pemohon mestilah sihat tubuh badan. Kesihatan yang baik penting bagi memastikan pemohon dapat mengikuti latihan kemahiran dan aktiviti fizikal sepanjang program tanpa sebarang halangan yang serius.
Pemohon mestilah memenuhi syarat tambahan yang ditetapkan mengikut bidang pilihan, sekiranya ada. Syarat ini bergantung kepada keperluan khusus setiap kursus bagi memastikan pemohon benar-benar sesuai untuk mengikuti latihan dalam bidang tersebut.
Setiap tahun lahir ramai graduan berkualiti. Kami kongsi beberapa kisah sebagai inspirasi — bukti bahawa permulaan kecil mampu bawa anda jauh.
Menyumbang 2 biji motosikal SYM untuk tujuan pembelajaran pada tahun 2015
Membuka peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan IKBN Jitra (Penyelenggaraan Motosikal ) bermula tahun 2015 hingga kini
Perkongsian Industri bersama pelajar IKBN Jitra (Motivator)
ASRI BIN AHMAD. Adalah alumni IKBN JITRA jurusan Penyelenggaraan Motosikal pada tahun 1991. Beliau adalah Service Manager Product Planning Manager, Ntional Sales Manager, Operation General Manager, Chief Operation Officer (COO) bagi syarikat MFORCE BIKE Holding SDN.BHD
Beliau adalah Managing Director Motor MV AGUSTA Malaysia MOTOR MV AGUSTA MALAYSIA Moto Varese Asiatic SDN.BHD. Beliau juga adalah MANAGING DIRECTOR @ RICHIAMO COFFEE SDN BHD
Muhamad Zamry Bin Abu Samah adalah bekas pelajar jurusan Penyelenggaraan Motosikal di IKBN Jitra Sesi 1/1991.
Pemain Bola Sepak Kedah Tahun 2018-2024
Johan Piala FA tahun 2019
TERKINI -Pemain Bola Sepak Imegresen FC tahun 2025
Mohamad Fayadh Bin Zulkifli
Pelajar Jurusan Kimpalan
Konvo Tahun 2018
Asal Baling Kedah
PEMILIK SYARIKAT ABHARUDDIN AZIZ DESIGN ( QUDYN DESIGN )
MUHAMMAD ABHARUDDINBIN AZIZ
BEKAS PELAJAR JURUSAN JAHITAN PAKAIAN WANITA
SESI 1/1999
Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
Km 23, Jalan Changloon,
06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
No.telefon: 04-9174676
No.faks: 04-9174444
Emel: