Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke laman web rasmi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri.
Sebagai sebuah institusi latihan kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, IKBN Miri komited untuk menjadi salah sebuah penyumbang kepada modal insan berkemahiran tinggi yang akan memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja negara. ILKBS mengintegrasikan kemahiran teknikal, insaniah dan keusahawanan dalam usaha melahirkan graduan yang berpengetahuan, berdaya saing serta berpengalaman, selaras dengan kehendak industri masa kini.
Walaupun fokus utama adalah menyediakan pendidikan kemahiran teknikal yang memenuhi kehendak serta keperluan golongan belia serta industri, IKBN miri turut fokus kepada pembangunan sahsiah pelajar. Keseimbangan dalam aspek pembangunan kemahiran dan insaniah akan melengkapkan pelajar lepasan IKBN Miri untuk menghadapi cabaran dan persaingan di pasaran luar.
Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak termasuklah pelajar, alumni, rakan industri, agensi penyedia TVET serta Kementerian Belia dan Sukan yang telah menyokong dan merealisasikan impian ini. Setinggi penghargaan juga kepada seluruh warga IKBN Miri atas usaha selama ini yang terus memastikan pembangunan modal insan terutamanya dalam aspek kemahiran dipertingkat serta diperkasakan.
Sekian, terima kasih.
‘Profesional Terunggul’
Mohamad Mazlan Bin Anis
Pengarah
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri Sarawak
Institut Kemahiran Belia Negara Miri,
Jalan Permyjaya Utama,
Bandar Baru Permyjaya
98000 Miri, Sarawak
No Tel : 085-660714