- Mohamad Firdaus bin Mislam
- IKBN Miri
- Hits: 15
MAJLIS MENANDATANGANI SURAT HASRAT (LOI) DI ANTARA IKBN MIRI DAN KOLEJ KOMUNITI MIRI
Miri, 26 November 2025 (Rabu) – IKBN Miri hari ini telah mengadakan Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LoI) bersama Kolej Komuniti Miri, menandakan permulaan kerjasama strategik di antara kedua-dua institut.
Pemeteraian ini telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Mazlan bin Anis, Pengarah IKBN Miri dan Ts. Harmen bin Muda, Pengarah Kolej Komuniti Miri.
Skop kerjasama merangkumi penggunaan bersama fasiliti, dewan serbaguna serta kemudahan sukan bagi tujuan latihan dan pembelajaran, perkongsian pengetahuan dan kepakaran melalui pertukaran tenaga pengajar dan pelajar serta program kerjasama lain yang dipersetujui bersama.
Majlis ini turut diakhiri dengan sesi bergambar rasmi sebagai dokumentasi kerjasama yang bermakna ini.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#KerjasamaStrategikLOI
#TeamIKBNMiri
#TeamILKBS
#TeamKBS
#TVETMalaysia
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
- Mohamad Firdaus bin Mislam
- IKBN Miri
- Hits: 9
PERBINCANGAN KERJASAMA ANTARA IKBN MIRI DAN CENTRE FOR TECHNOLOGY EXCELLENCE SARAWAK (CENTEXS)
Miri, 5 Nov 2025 (Rabu) II Perbincangan kerjasama ini diwakili daripada Centre For Technology Excellence Sarawak (CENTEXS) iaitu Encik Lee Wah Soon (Senior Instructor). Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk membincangkan potensi kerjasama strategik di antara IKBN Miri dan CENTEXS. Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Mazlan bin Anis, Pengarah IKBN Miri.
Dalam perbincangan tersebut, beberapa perkara utama telah dibincangkan, antaranya:
1. Cadangan skop kerjasama strategik dalam bidang
pembangunan kemahiran pelajar dan pengajar serta peluang meningkatkan kemahiran kepada graduan IKBN Miri; dan
2. Komitmen kedua-dua pihak dalam menjalin hubungan jangka panjang yang memberi manfaat kepada pelajar dan pengajar.
Secara keseluruhan, kunjungan ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Pihak CENTEXS menyatakan minat yang positif untuk meneruskan kerjasama strategik dengan IKBN Miri.
#kerjasamaStrategik
#TeamIKBNMiri
#TeamILKBS
#TeamKBS
- Mohamad Firdaus bin Mislam
- IKBN Miri
- Hits: 11
LAWATAN PENANDA ARAS RIAMTEC KE KE IKBN MIRI
MIRI - 5 November 2025 (Rabu) II Hari ini, Institut Teknologi Riam (RiamTec) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Teknologi Hospitaliti, IKBN Miri.Lawatan ini melibatkan 32 orang pelajar Program Seni Kulinari Tahap 2 – 4 bersama 4 orang pengajar dari RiamTec.
Tujuan utama lawatan ini ialah untuk:
- Membuat penanda arasan dan perbandingan terhadap pelaksanaan program latihan antara kedua-dua institusi;
- Meneroka amalan terbaik serta kaedah pengajaran yang diamalkan di IKBN Miri;
- Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan dan suasana pembelajaran di institusi lain; serta
- Memperkukuh hubungan dan jaringan kerjasama antara RiamTec dan IKBN Miri.
Pihak IKBN Miri amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan berharap agar perkongsian ilmu serta pengalaman ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam melahirkan tenaga mahir TVET yang berkemahiran tinggi dan kompeten.
- Mohamad Firdaus bin Mislam
- IKBN Miri
- Hits: 118
IKBN Miri Anjur Ceramah Kesedaran Jenayah Bersama PDRM
Miri, 29 September 2025 (Isnin) – Seramai 358 orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri telah menghadiri satu sesi ceramah berkaitan kesedaran jenayah dan keselamatan yang dianjurkan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.
Ceramah ini telah disampaikan oleh DSP Er Sheau Jia, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri. Turut hadir ialah ASP Mahadi Hussien dari Bahagian Siasatan dan Perundangan Jenayah IPD Miri serta Tuan Lee Yen Fang, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Miri.
Tujuan utama ceramah ini adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran para pelajar tentang bahaya jenayah serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.
Program seumpama ini diharap dapat membentuk pelajar yang lebih berdisiplin, berpengetahuan, serta peka terhadap isu keselamatan di persekitaran khasnya di IKBN Miri.
- Dzulkifli Bujang
- IKBN Miri
- Hits: 98
Mesyuarat Penyelarasaan Program Hari Kerjaya TVET ILKBS 2025 Zon Borneo Bil. 2/2025
Mesyuarat Penyelarasan Program Hari Kerjaya TVET ILKBS 2025 Zon Borneo Bil. 2/2025 telah diadakan di IKBN Miri sebagai kesinambungan mesyuarat pertama pada 8 Ogos lalu.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada persiapan akhir menjelang Hari Kerjaya TVET ILKBS 2025 Zon Borneo yang akan berlangsung pada 6 September 2025 di Permy Mall, Miri. Antara yang dibincangkan termasuklah pengisian program, strategi promosi serta mendapatkan maklum balas daripada agensi, institusi dan rakan industri bagi memastikan kelancaran penganjuran.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi dan rakan kerjasama yang terlibat dalam menjayakan persiapan program ini.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
