


Masa Depan Anda Bermula di IKBN Miri! Tukarkan Minat Kepada Kerjaya Profesional. Sertai kami dan jadi tenaga mahir yang dicari-cari dalam bidang Automotif, Hospitaliti dan juga Mekanikal dan banyak lagi.
Berbekalkan modul moden, fasiliti terkini, serta bimbingan pakar, IKBN Miri menjadi pilihan utama belia yang ingin membina kerjaya berkemahiran tinggi.

IKBN Miri menawarkan tiga bidang latihan TVET utama yang direka untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing selaras dengan keperluan industri. Melalui Bidang Teknologi Automotif, para belia dilatih secara komprehensif dalam penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan ringan, jentera berat, serta kenderaan komersial, termasuk kemahiran khusus seperti semburan cat. Bidang Teknologi Hospitaliti pula memfokuskan kepada seni kulinari dan perkhidmatan, di mana pelajar didedahkan dengan kemahiran penyediaan makanan, pastri, dan penyajian profesional yang memenuhi standard industri perhotelan. Manakala Bidang Teknologi Mekanikal melalui kursus Penyelenggaraan Industri menyediakan latihan penting dalam pemasangan, penyelenggaraan, dan pembaikan jentera serta peralatan industri, menyokong kelancaran operasi sektor perkilangan. Ketiga-tiga bidang ini menggabungkan pembelajaran teori dan amali yang intensif untuk memastikan graduan bukan sahaja kompeten tetapi juga sedia untuk terus melangkah ke alam kerjaya.
Sijil Lanjutan Teknologi Automotif / Teknologi Hospitaliti & Teknologi Mekanikal
Umur 18-30 Tahun, Belum Berkahwin, Tamat Tingkatan 5
Tempoh Pengajian 24 bulan (Ternmasuk Latihan Industri)
Elaun Bulanan, Tempat Tinggal & Makan Percuma
Pemohon yang tidak pernah mengikuti latihan kemahiran dimana-mana Institut Latihan Awam atau Swasta (Kecuali untuk calon yang mempunyai Sijil Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pengajian
Institut Kemahiran Belia Negara Miri,
Jalan Permyjaya Utama,
Bandar Baru Permyjaya
98000 Miri, Sarawak
No Tel : 085-660714