Bermula pada tahun 1954 bertempat di Balai Muda Mudi Kebangsaan, di Morib, Kuala Langat, Selangor dengan kurikulum utama berbentuk kerja-kerja kemasyarakatan, kesenian dan kebudayaan yang dinaungi oleh Kementerian Kebajikan Masyarakat. Pada tahun 1964, era baru bermula. Angin perubahan mula meniupkan nama Peretak. Perpindahan pertama dari Morib ke Peretak, Selangor di mana kedudukannya 10km dari pekan Kuala Kubu Bharu menghala ke Bukit Freser dan lebih kurang 75km dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Perasmian pembukaan dilakukan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 29 November 1964.
Orientasi latihan tertumpu kepada latihan kepimpinan dan ditambah dengan latihan-latihan kemahiran. Pada 29 Mei 1967 diletakkan di bawah Pada tahun 1991 pusat ini telah dinaiktaraf dan diberikan nama Institut Kemahiran Belia Negara Peretak. Pada 1 Februari 1994, latihan kepimpinan dipindahkan ke Institut Latihan Kepimpinan Belia Negara Pasir Panjang, Port Dickson. Tumpuan institut sekarang adalah latihan kemahiran sepenuh masa secara bersepadu.
Pembinaan Sungai Selangor Fasa 3 bagi menampung penggunaan air atas permintaan dan kepentingan umum, IKBN Peretak sekali lagi mencipta sejarah tersendiri. Pada 20 Jun 2002 perpindahan kali kedua telah berlaku akibat pembinaan tersebut. Institut ini dipindahkan ke Mukim Buluh Telor, Ampang Pecah. Namun objektif operasi dan objektif umum tidak berubah.
Di atas persetujuan semua agensi kerajaan yang terlibat, nama PERETAK tetap dikekalkan sebagai kesinambungan bagi mengenang jasa yang ditaburkan kepada pembangunan Belia Negara.
IKBN Peretak merupakan salah satu daripada 21 IKBN di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Fokus utama Institut ini adalah untuk melahirkan sumber tenaga belia yang memiliki keterserlahan dalam bidang kemahiran dan kesempurnaan dalam sahsiah.
Institut Kemahiran Belia Negara Peretak,
Jalan Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan
Nombor Telefon : 03-6099 6000
Emel :