Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image

    Gaya, Layanan & Pesona!

    Dari dunia Hospitaliti bertaraf industri, ke sentuhan kreatif dalam Fesyen & Pakaian, hingga seni kecantikan di Kosmetologi – IKBN Peretak melatih anda dengan kemahiran praktikal & fasiliti moden. Serlahkan bakat, cipta gaya, dan bina kerjaya penuh pesona bersama IKBN Peretak!

    KECEMERLANGAN KEMAHIRAN, KEJAYAAN KEHIDUPAN

    Berbekalkan modul moden, fasiliti terkini, serta bimbingan pakar, IKBN Peretak menjadi pilihan utama belia yang ingin membina kerjaya berkemahiran tinggi.

    KURSUS
    0
    KAKITANGAN
    0
    GRADUASI
    0
    %
    PELAJAR
    0
    Image
    Pelajar yang mengikuti kursus ini akan diberi latihan secara teori dan amali berkaitan dengan rawatan penjagaan rambut dan kulit kepala, penggayaan, guntingan, mengerinting, serta mewarna rambut. Selain itu, beberapa modul seperti pengemasan salon, imej personal, dan pengendalian pelanggan turut diajar bagi memastikan pelajar dapat memberi perkhidmatan dengan selesa dan terurus. Di samping itu, aspek keselamatan akan diambilkira sewaktu menggunakan peralatan salon dengan berpandukan sistem pentauliahan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.
    Image

    Sijil Lanjutan Teknologi Kosmetologi (Perekaan Gaya Rambut)

    Image

    Umur 18-30 Tahun, Belum Berkahwin, Tamat Tingkatan 5

    Image

    Tempoh Pengajian 27 bulan

    Image

    Elaun Bulanan, Tempat Tinggal & Makan Percuma

    Prospek Kerjaya : Pendandan rambut, Perunding imej, Fasilitator atau tenaga pengajar, Hairstylist, Usahawan (Salon rambut / Pembekal produk)
    Image

    KURSUS SEPARUH MASA

    Tingkatkan kemahiran anda tanpa menjejaskan rutin harian dengan kursus separuh masa IKBN Peretak — fleksibel, praktikal, dan direka untuk membantu anda capai impian walau sibuk bekerja.

    Belia NEET? Jom Ubah Hidup Anda – PERCUMA!

    Latihan asas kemahiran jangka pendek di bawah Program STAR@U MyFuture Youth Plus – reskilling, upskilling & cross-skilling untuk masa depan lebih cerah.

    Modular & Praktikal – asas elektrik, operasi acara, asas kimpalan & lain-lain

    5 Hari Intensif – cepat, fokus & terus boleh praktik

    Bimbingan Pakar – tenaga pengajar berpengalaman

    Percuma 100% – tiada bayaran, khas untuk belia NEET

    MASA DEPAN CERAH BERMULA DI SINI

    IKBN Peretak menawarkan peluang belajar tanpa beban kewangan:

    Image

    Pengajian Percuma

    Image

    Elaun Bulanan

    Image

    Kemudahan Perubatan

    Image

    Makan Minum Percuma

    Image

    Penginapan Percuma

    Pemohon mestilah merupakan seorang warganegara Malaysia. Keutamaan ini diberikan kerana institusi latihan kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan khusus bagi melatih serta membangunkan kemahiran belia tempatan.

    Pemohon mestilah mempunyai keupayaan asas untuk mengira, membaca dan menulis. Keupayaan ini penting bagi memastikan pemohon dapat mengikuti pembelajaran serta memahami arahan bertulis dan pengiraan teknikal sepanjang latihan.

    Pemohon mestilah berusia di antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Julat umur ini ditetapkan bagi memastikan pemohon berada dalam lingkungan usia belia yang sesuai untuk mengikuti latihan kemahiran.

    Pemohon mestilah berkelulusan sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 5 atau memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kelayakan ini penting bagi memastikan pemohon mempunyai asas pengetahuan yang mencukupi untuk mengikuti latihan.

    Pemohon mestilah belum berkahwin atau berstatus bujang. Syarat ini bertujuan memastikan pemohon dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan yang dijalankan.

    Pemohon mestilah sihat tubuh badan. Kesihatan yang baik penting bagi memastikan pemohon dapat mengikuti latihan kemahiran dan aktiviti fizikal sepanjang program tanpa sebarang halangan yang serius.

    Pemohon yang tidak pernah mengikuti latihan kemahiran dimana-mana Institut Latihan Awam atau Swasta (Kecuali untuk calon yang mempunyai Sijil Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pengajian
    Pemohon yang sedang menjalani latihan kemahiran di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan, belum peroleh sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan untuk memohon untuk tahap selanjutnya
    Pelajar yang tidak menamatkan latihan/ disingkirkan dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awan yang lain, tidak dibenarkan untuk memohon.

    Pemohon mestilah memenuhi syarat tambahan yang ditetapkan mengikut bidang pilihan, sekiranya ada. Syarat ini bergantung kepada keperluan khusus setiap kursus bagi memastikan pemohon benar-benar sesuai untuk mengikuti latihan dalam bidang tersebut.

    Penerima Anugerah Usahawan Cemerlang Lepasan ILKBS 2025

    Dan kita bermula dengan lima meja macam tu sampailah hari ini restoran kita boleh tampung 100 orang dalam satu masa. Berjaya catat rekod jualan RM80,000 seminit!

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.