PERUTUSAN PENGARAH

    Image

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

    Selamat datang saya ucapkan kepada para pengunjung laman web rasmi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak. Kesudian anda mengunjungi laman web rasmi ini amat dialu-alukan. Laman web rasmi ini adalah menjadi wadah untuk memudahkan para pelanggan pemegang taruh dan masyarakat untuk mengenali dan mendapat gambaran dan perkembangan tentang IKBN Peretak dengan lebih jelas lagi melalui medium ICT yang terkini.

    Seiring dengan ledakan era teknologi maklumat di abad ini, IKBN Peretak telah mewujudkan laman web rasmi bagi menyebarluaskan maklumat dan peranannya untuk membina generasi muda berkemahiran berketrampilan dalam kepimpinan, berinovasi dan mampu berdikari sebagai seorang usahawan berwibawa dan cemerlang di kalangan generasi muda. Pendekatan bersepadu sebagai team IKBN Peretak dapat menjana kemahiran pelajar berteraskan ilmu kepimpinan, keusahawanan, bimbingan akhlak dan aktiviti kecergasan menjadikan pelajar lebih kompeten dan mempunyai jati diri untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan sesuai dengan keperluan pasaran industri negara.

    IKBN Peretak setakat ini menawarkan sembilan (9) jenis kursus di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari tahap satu (1) hingga tahap tiga (3) serta Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tahap empat (4) bagi kursus Rekaan Fesyen. Kesemua kursus yang ditawarkan adalah sinonim dengan kehidupan seharian kita. Ia menjadikan kursus-kursus yang ditawarkan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada generasi muda terutamanya dari kalangan wanita.

    Harapan saya agar laman web rasmi IKBN Peretak ini mampu memberikan maklumat yang berfaedah dan terbaik kepada para pengunjungnya. Selamat melayari laman web rasmi IKBN Peretak dan kami sangat mengalu-alukan sebarang cadangan daripada anda semua.

    Sekian, terima kasih.

    Normahsyuri binti Md Shariff

    Pengarah

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.