Jabatan Teknologi Awam, IKSN terdiri daripada hasil gabungan 3 bahagian iaitu Bahagian Teknologi Hiasan Dalaman, Bahagian Landskap Pembinaan dan Bahagian Pembuatan Perabot. Diterajui oleh Puan Siti Nor Sharbana binti Azmi selaku Ketua Jabatan Teknologi Awam dan dibantu oleh 3 orang Ketua Bahagian iaitu :
1. Encik Mohd Fawwaz Najmi bin Mohd Fuzi, Ketua Bahagian Teknologi Hiasan Dalaman
2. Puan Noor Aini binti Mohd Khalid, Ketua Bahagian Landskap Pembinaan
3. Puan Suzilawati binti Senin, Ketua Bahagian Pembuatan Perabot
Jabatan Teknologi Awam, IKSN merupakan salah satu jabatan teras yang berperanan menyediakan latihan kemahiran teknikal dalam bidang teknologi awam kepada belia. Menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam aspek pembinaan dan pembangunan melalui pensijilan kemahiran Malaysia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Malaysia yang merangkumi Awam & Struktur, Hiasan Dalaman, Pembuatan Perabut dan Landskap Pembinaan. Jabatan ini menawarkan kursus Diploma Teknologi Awam (Hiasan Dalaman) SKM 4, Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Pembuatan Perabot dan Hiasan Dalaman) SKM 3 dan Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Landskap Pembinaan) SKM 3. Pelajar yang mengambil kursus-kursus ini akan mempelajari beberapa subjek teras seperti Site Coordination, Reka Kreatif dan Pengesahan Produk, Style and Design, Pengawasan Kerja Landskap, Penjagaan dan Susun Atur Nurseri dan sebagainya.
Institut Kemahiran Sukan Negara
Jalan Sultan Abdul Samad,
Kampung Sungai Raba,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
No. Telefon : 03-3180 2128
No. Faks : 03-3180 1667
Emel :