Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) yang dahulunya dikenali sebagai Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat (IKBNKL) adalah institut kemahiran ke 20 yang dikendalikan di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Pembangunan institut ini dimulakan sejak tahun 2008 dan projek Pembangunan telah siap pada 24 Januari 2011. Penubuhan institut ini adalah sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke -9 dengan menjadikan ianya ILKBS yang ke 4 dibina di negeri Selangor. Fasa pertama IKSN dibangunkan di atas tanah seluas 32 ekar daripada 58.5 ekar meliputi Blok Pentadbiran, Blok Akademik, Kuarters kakitangan, prasarana seperti dewan serbaguna, dewan makan, asrama lelaki dan perempuan, surau, padang bola jaring, padang bola sepak, gelanggang futsal dan kawasan riadah.
IKSN juga menawarkan kursus dalam 6 jurusan bagi membolehkan mereka layak memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1,2,3 dan DKM yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Pengambilan pertama telah dibuat pada 4 Julai 2011 dengan jumlah kakitangan seramai 68 orang. Bilangan pelajar yang boleh ditampung oleh IKSN mampu mencecah sehingga 500 orang.
Institut Kemahiran Sukan Negara
Jalan Sultan Abdul Samad,
Kampung Sungai Raba,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
No. Telefon : 03-3180 2128
No. Faks : 03-3180 1667
Emel :