Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image

    Serlahkan Minat, Bina Kerjaya!

    Dari Kejuruteraan Awam & Sukan Permotoran ke dunia Teknologi Maklumat, dari Terapi Sukan & Golf hingga Fotografi kreatif – semuanya ada di IKSN Kuala Langat! Latihan hands-on, fasiliti moden & suasana penuh inspirasi untuk anda cipta masa depan cemerlang. IKSN Kuala Langat – bakat anda, masa depan anda!

    MEMBINA GENERASI, MENGUKIR SEJARAH

    Keringat hari ini mencipta sejarah, semangatnya membentuk generasi yang lebih gemilang.

    KURSUS
    0
    KAKITANGAN
    0
    GRADUASI
    0
    %
    PELAJAR
    0

    Tempoh Pengajian : 39 Bulan

    Diploma Teknologi Awam (Hiasan Dalaman)

    Prospek Kerjaya : Interior Designer, Pengurus Projek, Pereka Visual

    Semak Pengambilan

    Tempoh Pengajian : 21 Bulan

    Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Pembuatan Perabot dan Hiasan Dalaman)

    Prospek Kerjaya : Pereka Perabot, Pereka Produk Kayu, Juruteknik Operasi Bengkel Kayu, Pembantu Pereka

    Semak Pengambilan

    Tempoh Pengajian : 18 Bulan

    Sijil Lanjutan Teknologi Fotografi

    Prospek Kerjaya : Jurugambar, Tiktokers, Influencers

    Semak Pengambilan

    Tempoh Pengajian : 24 Bulan

    Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat (Multimedia Interaktif)

    Prospek Kerjaya : Multimedia Designer, Junior Developer, Pereka Kandungan Kreatif

    Semak Pengambilan

    Tempoh Pengajian : 24 Bulan

    Sijil Lanjutan Teknologi Terapi Sukan

    Prospek Kerjaya : Sports Therapist, Exercise Therapist, Jurulatih Kecergasan

    Semak Pengambilan

    Tempoh Pengajian : 12 Bulan

    Sijil Lanjutan Teknologi Sukan (Sukan Bermotor 4 Roda)

    Prospek Kerjaya : Teknikal Kejuruteraan Automotif, Pengurus Pusat Servis Kereta

    Semak Pengambilan

    Tempoh Pengajian : 6 Bulan

    Sijil Teknologi Sukan (Operasi Golf dan Sukan)

    Prospek Kerjaya : Penyelia Operasi Golf, Penyelenggara Padang Golf, Marshall / Starter

    Semak Pengambilan
    Image

    KURSUS SEPARUH MASA

    Tingkatkan kemahiran anda tanpa menjejaskan rutin harian dengan kursus separuh masa IKSN Kuala Langat — fleksibel, praktikal, dan direka untuk membantu anda capai impian walau sibuk bekerja.

    Belia NEET? Jom Ubah Hidup Anda – PERCUMA!

    Latihan asas kemahiran jangka pendek di bawah Program STAR@U MyFuture Youth Plus – reskilling, upskilling & cross-skilling untuk masa depan lebih cerah.

    Modular & Praktikal – asas elektrik, operasi acara, asas kimpalan & lain-lain

    5 Hari Intensif – cepat, fokus & terus boleh praktik

    Bimbingan Pakar – tenaga pengajar berpengalaman

    Percuma 100% – tiada bayaran, khas untuk belia NEET

    MASA DEPAN CERAH BERMULA DI SINI

    IKSN Kuala Langat menawarkan peluang belajar tanpa beban kewangan:

    Image

    Pengajian Percuma

    Image

    Elaun Bulanan

    Image

    Kemudahan Perubatan

    Image

    Makan Minum Percuma

    Image

    Penginapan Percuma

    Pemohon mestilah merupakan seorang warganegara Malaysia. Keutamaan ini diberikan kerana institusi latihan kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan khusus bagi melatih serta membangunkan kemahiran belia tempatan.

    Pemohon mestilah mempunyai keupayaan asas untuk mengira, membaca dan menulis. Keupayaan ini penting bagi memastikan pemohon dapat mengikuti pembelajaran serta memahami arahan bertulis dan pengiraan teknikal sepanjang latihan.

    Pemohon mestilah berusia di antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Julat umur ini ditetapkan bagi memastikan pemohon berada dalam lingkungan usia belia yang sesuai untuk mengikuti latihan kemahiran.

    Pemohon mestilah berkelulusan sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 5 atau memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kelayakan ini penting bagi memastikan pemohon mempunyai asas pengetahuan yang mencukupi untuk mengikuti latihan.

    Pemohon mestilah belum berkahwin atau berstatus bujang. Syarat ini bertujuan memastikan pemohon dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan yang dijalankan.

    Pemohon mestilah sihat tubuh badan. Kesihatan yang baik penting bagi memastikan pemohon dapat mengikuti latihan kemahiran dan aktiviti fizikal sepanjang program tanpa sebarang halangan yang serius.

    Pemohon yang tidak pernah mengikuti latihan kemahiran dimana-mana Institut Latihan Awam atau Swasta (Kecuali untuk calon yang mempunyai Sijil Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pengajian
    Pemohon yang sedang menjalani latihan kemahiran di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan, belum peroleh sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan untuk memohon untuk tahap selanjutnya
    Pelajar yang tidak menamatkan latihan/ disingkirkan dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awan yang lain, tidak dibenarkan untuk memohon.

    Pemohon mestilah memenuhi syarat tambahan yang ditetapkan mengikut bidang pilihan, sekiranya ada. Syarat ini bergantung kepada keperluan khusus setiap kursus bagi memastikan pemohon benar-benar sesuai untuk mengikuti latihan dalam bidang tersebut.

    "Perjalanan anda bersama IKSN hanyalah permulaan. Teruslah berkongsi semangat, ilmu, dan kejayaan untuk memberi inspirasi kepada generasi seterusnya. Alumni bukan sekadar bekas pelajar, tetapi keluarga besar yang akan terus menyokong dan mengangkat nama IKSN"

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.