Image

    PERUTUSAN PENGARAH

    ‏اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎ dan Salam Sejahtera.

    Selamat datang ke Portal Rasmi Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, Terengganu. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T atas segala limpah dan rahmatnya. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Laman Web dan Portal IKBN Wakaf Tapai yang sentiasa berusaha untuk menambahbaik portal rasmi ini.

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai merupakan salah satu daripada 22 Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dibawah naungan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. IKBN Wakaf Tapai menyediakan Latihan Kemahiran bagi Bidang Pengkhususan Fabrikasi Logam, Fabrikasi Paip Gas, Paip Domestik, Pendawaian Elektrik, Binaan Awam serta Bidang Jahitan Pakaian.

    Pembangunan portal ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh IKBN Wakaf Tapai bagi membantu untuk memenuhi keperluan penyaluran maklumat yang interaktif dan berinformasi kepada orang ramai. Melalui portal ini, pihak berkepentingan dan orang ramai boleh mengakses pelbagai perkara seperti capaian ke atas Modul Permohonan Kemasukan Pelajar, capaian kepada lain-lain ILKBS serta Direktori Pegawai. Saya berharap portal ini dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung. Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan untuk menambah baik portal ini.

    Akhir kata, selamat melayari Portal Rasmi Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, Terengganu.


    HAJI ZAINI BIN ABD AZIZ

    PENGARAH INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA WAKAF TAPAI

     

    Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
    Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
    21040, Marang, Terengganu.

    Tel : 09-6806000
    Faks: 09-6806009
    Emai: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.