



Mahu jadi pakar dalam Mekanikal, Awam, Elektrikal atau Fesyen & Pakaian? Di sinilah tempatnya — latihan hands-on, fasiliti moden & tenaga pengajar mantap menanti anda. Dari mesin berputar, struktur kukuh, arus elektrik hingga busana bergaya – semuanya di bawah satu bumbung!
Berbekalkan modul moden, fasiliti terkini, serta bimbingan pakar, IKBN Wakaf Tapai menjadi pilihan utama belia yang ingin membina kerjaya berkemahiran tinggi.

Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai rekaan fesyen pembuatan pakaian wanita terkini. Sebagai trend semasa dalam kombinasi warna dalam dunia fesyen, pelajar akan mengadakan pertunjukan fesyen sebagai salah satu cara untuk menonjolkan bakat mereka di dalam menguasai dunia rekaan fesyen. Pelajar diperkenalkan dengan teknik memotong, menjahit dan menguasai mesin-mesin jahit terkini supaya mereka dapat memahami pengenalan awal kepada senario industri fesyen di negara ini.
Sijil Lanjutan Teknologi Fesyen Dan Pakaian (Jahitan Pakaian Wanita)
Umur 18-30 Tahun, Belum Berkahwin, Tamat Tingkatan 5
Tempoh Pengajian 24 bulan
Elaun Bulanan, Tempat Tinggal & Makan Percuma

Tingkatkan kemahiran anda tanpa menjejaskan rutin harian dengan kursus separuh masa IKBN Wakaf Tapai — fleksibel, praktikal, dan direka untuk membantu anda capai impian walau sibuk bekerja.
Latihan asas kemahiran jangka pendek di bawah Program STAR@U MyFuture Youth Plus – reskilling, upskilling & cross-skilling untuk masa depan lebih cerah.
Modular & Praktikal – asas elektrik, operasi acara, asas kimpalan & lain-lain
5 Hari Intensif – cepat, fokus & terus boleh praktik
Bimbingan Pakar – tenaga pengajar berpengalaman
IKBN Wakaf Tapai menawarkan peluang belajar tanpa beban kewangan:

Pengajian Percuma

Elaun Bulanan

Kemudahan Perubatan

Makan Minum Percuma

Penginapan Percuma
Pemohon mestilah merupakan seorang warganegara Malaysia. Keutamaan ini diberikan kerana institusi latihan kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan khusus bagi melatih serta membangunkan kemahiran belia tempatan.
Pemohon mestilah mempunyai keupayaan asas untuk mengira, membaca dan menulis. Keupayaan ini penting bagi memastikan pemohon dapat mengikuti pembelajaran serta memahami arahan bertulis dan pengiraan teknikal sepanjang latihan.
Pemohon mestilah berusia di antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Julat umur ini ditetapkan bagi memastikan pemohon berada dalam lingkungan usia belia yang sesuai untuk mengikuti latihan kemahiran.
Pemohon mestilah berkelulusan sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 5 atau memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kelayakan ini penting bagi memastikan pemohon mempunyai asas pengetahuan yang mencukupi untuk mengikuti latihan.
Pemohon mestilah belum berkahwin atau berstatus bujang. Syarat ini bertujuan memastikan pemohon dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan yang dijalankan.
Pemohon mestilah sihat tubuh badan. Kesihatan yang baik penting bagi memastikan pemohon dapat mengikuti latihan kemahiran dan aktiviti fizikal sepanjang program tanpa sebarang halangan yang serius.
Pemohon yang tidak pernah mengikuti latihan kemahiran dimana-mana Institut Latihan Awam atau Swasta (Kecuali untuk calon yang mempunyai Sijil Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pengajian
Pemohon yang sedang menjalani latihan kemahiran di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan, belum peroleh sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan untuk memohon untuk tahap selanjutnya
Pelajar yang tidak menamatkan latihan/ disingkirkan dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awan yang lain, tidak dibenarkan untuk memohon.
Pemohon mestilah memenuhi syarat tambahan yang ditetapkan mengikut bidang pilihan, sekiranya ada. Syarat ini bergantung kepada keperluan khusus setiap kursus bagi memastikan pemohon benar-benar sesuai untuk mengikuti latihan dalam bidang tersebut.
Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
Km24, Jln Kuala Terengganu – Kuala Berang,
21040, Marang, Terengganu.
Tel : 09-6806000
Faks: 09-6806009
Emai: