- Dzulkifli Bujang
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 62
WorldSkills ASEAN Manila 2025
Hari Kedua Pertandingan WorldSkills ASEAN Manila 2025 yang berlangsung di World Trade Center Manila, Filipina.
Peserta Negara dalam Bidang Welding iaitu Muhammad Ammar bin Azli telah berjaya menyiapkan Projek Task 1 dan Task 2 (PV) selama 14 Jam dengan jayanya. Baki masa selama 4 Jam akan digunakan untuk Task 3 Projek Aluminium dan Task 4 Projek Stainless Steel pada hari esok. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Doakan semoga Muhammad Ammar berjaya mengharumkan nama Malaysia dipersada antarabangsa dan membuktikan bahawa TVET ILKBS dalam landasan terbaik untuk anak muda mempelajari kemahiran diperingkat tertinggi 🙌
Peserta Negara : Bidang Welding
Muhammad Ammar bin Azli
Pelajar Operasi Fabrikasi Paip
IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
Jurulatih Negara : Bidang Welding
Nor Suhaili bin Mohd Yahya
Pengajar Kimpalan Arka
IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
Go For Gold, Demi Malaysia! 🔥🇲🇾
TVET – Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS – Profesional Terunggu
#WorldSkillsASEAN2025 #TeamMalaysia #SkillMalaysia
#TVETILKBS #MalaysiaMadani #ProfesionalTerunggul
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI #MADANIBekerja
- Dzulkifli Bujang
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 67
Lawatan Verifikasi Penarafan Tunggal Program TVET Tahun 2025
25hb dan 26hb Ogos 2025 - Satu lawatan verifikasi penarafan tunggal program TVET Tahun 2025 telah diadakan di IKBN Wakaf Tapai.
Seramai tiga (3) orang panel verifikasi yang ditugaskan untuk membuat penilaian iaitu:
i) Puan Zaitul Iradah binti Mahid
ii) Puan Mazura binti Rasdi
iii) Encik Mohamad Sharkan bin Mahri
Bidang yang terlibat untuk diverifikasi adalah :
1. (TA-011-4:2013) Pentadbiran Fesyen dan Pakaian
2. (TA-011-3:2012) Pembuatan Pakaian Wanita
3. (C141-001-3:2017) Penyeliaan & Jahitan Pakaian Lelaki
4. (F432-002-3:2017) Penyeliaan Pemasangan Perpaipan & Kumbahan
5. (OG-010-3:2011) Operasi Fabrikasi Paip (Minyak, Gas & Petrokimia)
6. (MC-024-3:2012) Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam
Tujuan lawatan verfikasi penarafan tunggal program TVET ini diadakan adalah memastikan pelaksanaan program TVET mencapai piawaian kualiti, keseragaman mengikut panduan persijilan JPK. Penarafan Tunggal ini sangat penting bagi Pusat Bertauliah kerana untuk mengekalkan kualiti latihan dan sentiasa mengikut standard badan persijilan JPK.
Komponen penilaian adalah melibatkan 6 kriteria utama iaitu :
A. Pengajaran dan pembelajaran
B. Kerjasama dan penglibatan bersama industry
C. Tenaga pengajar dan kakitangan
D. Pengurusan sumber
E. Kebolehkerjaan
F. Pengiktirafan dan pencapaian
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama sepanjang sesi verifikasi ini. Pusat Bertauliah IKBN Wakaf Tapai akan sentiasa mengenal pasti kekuatan dan kelemahan program bagi penambahbaikan di masa akan datang.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul
#IKBNWakafTapai #TVETILKBS #MalaysiaMadani #ProfesionalTerunggul
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS
#MalaysiaMADANI#RancakkanMADANI #MADANIBekerja
- Dzulkifli Bujang
- IKBN Wakaf Tapai
- Hits: 80
Program English For Future Employees
Jabatan Pengajian Umum, IKBN Wakaf Tapai yang komited dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar telah berjaya mengadakan Program "English For Future Employees", melibatkan para pelajar semester akhir bidang Pemasangan Paip dan Kimpalan Arka. Program ini diadakan dengan kerjasama English Language Centre, Pusat Pengajian Asas dan Lanjutan, Universiti Malaysia Terengganu sejak dari tahun 2018 lagi.
Para pelajar didedahkan dengan kemahiran untuk menghadapi sesi temuduga bagi merebut peluang pekerjaan setelah tamat pengajian kelak. Seramai 12 orang pensyarah yang terlibat diketuai oleh Pn Hafizah bt Ab Hamid bersama 4 orang pengajar daripada Jabatan Pengajian Umum, IKBN Wakaf Tapai. Antara aktiviti yang terlibat adalah sesi ‘Lexical Run’ dan ‘Job Mock Interview’.