Pelajar akan dilatih dan didedahkan dengan kemahiran terkini pengurusan operasi kaunter hadapan yang berasaskan keperluan pekerjaan di industri hotel masa kini. Antara elemen pembelajaran yang terlibat adalah pendaftaran dan layanan tetamu, sistem tempahan dan rekod tetamu, pengendalian aduan dan pertanyaan secara profesional, etika perkhidmatan pelanggan, komunikasi berkesan, pengurusan imej diri, pengurusan masa dan etika kerja berpasukan serta aspek keselamatan.
Kurikulum kursus memberi keutamaan kepada pembelajaran berorientasikan praktikal dan penekanan yang mudah dari aspek pembelajaran teori. Sukatan pembelajaran kursus ini diadaptasikan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Institut Kemahiran Belia Negara Bandar PenawarJalan Kejora Utama 81930Bandar Penawar, JohorNo.Tel : 07-8221 567Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
+ TVET Madani+ Kolej Vokasional+ Jabatan Pembangunan Kemahiran
+ MySPIKE+ Skills Malaysia+ UP TVET+ CIAST