Kursus Jangka Panjang
    created
    2025-09-04 05:49:23
    id
    Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Room Aesthetics & Decoration)
    SHA 03
    Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
    21 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri/OJT)
    IKBN Bandar Penawar
    PERHOTELAN

    Pelajar akan dilatih dan didedahkan dengan kemahiran terkini operasi pengemasan bilik (housekeeping) dan pembersihan kawasan umum berasaskan keperluan pekerjaan di industri hotel masa kini. Antara elemen pembelajaran yang terlibat  adalah pengurusan bilik tetamu secara profesional, teknik pengemasan dan pembersihan bilik hotel, seni hiasan bilik hotel, perkhidmatan laundry, lipatan tuala kreatif dan asas susunan bunga, pengurusan masa dan etika kerja berpasukan serta aspek keselamatan. 

    Kurikulum kursus memberi keutamaan kepada pembelajaran berorientasikan praktikal dan penekanan yang mudah dari aspek pembelajaran teori. Sukatan pembelajaran kursus ini diadaptasikan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Malaysia. 

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.