Pelajar akan dilatih dan didedahkan dengan kemahiran terkini operasi pengemasan bilik (housekeeping) berasaskan keperluan pekerjaan di industri hotel masa kini. Antara elemen pembelajaran yang terlibat adalah teknik pengemasan dan pembersihan bilik hotel, seni hiasan bilik hotel, lipatan tuala kreatif dan asas susunan bunga dan etika kerja berpasukan serta aspek keselamatan.
Kurikulum kursus memberi keutamaan kepada pembelajaran berorientasikan praktikal dan penekanan yang mudah dari aspek pembelajaran teori. Sukatan pembelajaran kursus ini diadaptasikan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Institut Kemahiran Belia Negara Bandar PenawarJalan Kejora Utama 81930Bandar Penawar, JohorNo.Tel : 07-8221 567Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
+ TVET Madani+ Kolej Vokasional+ Jabatan Pembangunan Kemahiran
+ MySPIKE+ Skills Malaysia+ UP TVET+ CIAST