Nama Program
SMW 03 - SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (KIMPALAN)
Badan persijilan
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Kelulusan Akademik/
Kemahiran (Minimum)
Tamat tingkatan 5
Kod & Nama NOSS
Tempoh Latihan
Pengenalan Kursus
Pendedahan kepada teori dan amalan dalam proses kimpalan yang melibatkan keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Antara proses kimpalan yang digunakan ialah Kimpalan Arc Metal Shielded (SMAW), Kimpalan Arc Gas Metal (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW) dan sebagainya. Dalam kursus ini pelatih akan belajar mengenai Kawalan dan Jaminan Kualiti, Pemeriksaan dan Ujian, Penyeliaan, Latihan Praktikal dan sebagainya. Para pelatih juga akan dilengkapkan dengan kemahiran aplikasi perisian computer, perancangan, penyeliaan, pemeriksaan dan pengujian kerja kimpalan untuk memenuhi keperluan jaminan kualiti dan peraturan keselamatan.
Prospek Kerjaya
Tukang kimpal/ jurukimpal di kilang penapis minyak, bengkel membaiki dan menyelenggara kereta motor (body work) dan juga loji jentera perindustrian atau bekerja sendiri dengan mengadakan pelbagai kerja mengimpal atau menghasilkan produk kimpalan.
Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,Km 23, Jalan Changloon,06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
No.telefon: 04-9174676No.faks: 04-9174444Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
+ TVET Madani+ Kolej Vokasional+ Jabatan Pembangunan Kemahiran
+ MySPIKE+ Skills Malaysia+ UP TVET+ CIAST