Kursus Jangka Panjang
    created
    2025-10-01 07:48:15
    id
    Sijil Lanjutan Teknologi Kosmetologi (Terapi Kecantikan)
    SCK 03
    SKM 3
    21 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri
    IKBN Peretak
    Jabatan Kosmetologi

    Sijil Lanjutan Teknologi Kosmetologi (Terapi Kecantikan) ialah sijil lanjutan yang memperlengkapkan individu dengan kemahiran dan pengetahuan mendalam dalam menyediakan pelbagai rawatan wajah dan badan untuk meningkatkan kecantikan, kesihatan kulit, serta kesejahteraan pelanggan secara menyeluruh. Antara teknik dan rawatan yang diajarkan termasuk facial electrotherapy, mask therapy, penjagaan bulu mata dan kening, contour mata, waxing, konsultasi badan, terapi haba badan, urutan badan, dan body wrap. Kemahiran ini dipupuk melalui latihan secara teori dan amali yang berterusan agar peserta dapat menguasai teknik dari asas hingga mahir dalam suasana sebenar. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan aspek etika kerja, keselamatan dan kebersihan di salon, kemahiran memberi layanan mesra pelanggan, teknik solekan, manicure dan pedicure, serta bidang electrotherapy badan, penyeliaan salon, dan melakukan jualan bagi meningkatkan pengalaman dan keberkesanan perkhidmatan kecantikan. Melalui latihan teori dan amali yang komprehensif ini, individu mampu menawarkan perkhidmatan kecantikan yang profesional, berkualiti tinggi, dan mengutamakan keperluan serta keselamatan pelanggan dalam industri kecantikan.

    Please publish modules in offcanvas position.