Kursus Jangka Panjang
    created
    2025-10-01 07:48:15
    id
    Sijil Lanjutan Teknologi Kosmetologi (Perekaan Gaya Rambut)
    SCR 03
    SKM 3
    24 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri
    IKBN Peretak
    Jabatan Kosmetologi

    Sijil Lanjutan Teknologi Kosmetologi (Perekaan Gaya Rambut) ialah sijil lanjutan yang memperlengkapkan individu dengan kemahiran dan pengetahuan mendalam dalam reka bentuk dan penggayaan gaya rambut sesuai dengan trend semasa dan keperluan pelanggan. Antara teknik dan kemahiran yang diajarkan termasuk kemahiran keselamatan, kebersihan, dan penyelenggaraan salon, konsultasi pelanggan, shampoo dan conditioning, penjagaan rambut dan kulit kepala, penggayaan rambut, serta kemahiran asas dan gabungan memotong rambut. Peserta juga akan dilatih dalam teknik perming rambut, mewarna rambut asas dan mengikut trend fesyen, proses bleaching, pelurus rambut, dan rawatan gaya rambut yang membantu menampilkan gaya unik dan moden. Selain itu, latihan ini turut meliputi aspek penyeliaan salon dan amalan jualan produk penjagaan rambut serta pembuatan keputusan yang berkesan dalam persekitaran salon. Melalui latihan teori dan amali yang menyeluruh ini, individu mampu menyediakan perkhidmatan gaya rambut yang profesional, berkualiti tinggi, dan mampu memenuhi kepuasan pelanggan serta keperluan industri kecantikan rambut yang sentiasa berkembang.

    Please publish modules in offcanvas position.