SINOPSIS KURSUS
Pelajar diberi pengetahuan teori dan amali secara manual dan pengunaan perisian (software). Bermula Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 para pelajar berpeluang mempelajari secara manual penghasilan Illustrasi Rekaan Pakaian, penghasilan sampel jahitan tangan, penghasilan komponen-kompenen jahitan, lakaran pola, penghasilan Pakaian Kasual, {akaian Tradisional dan pakaian kontemporari. Manakala pada SKM Tahap 3, penggunaan perisian mula digunakan untuk menghasilkan Illustrasi Rekaan Pakaian dan Penghasilan Pola. Pola-pola yang dihasilkan akan dicetak menggunakan plotter dan hasil cetakan tersebut digunakan untuk menghasilkan pakaian kerja dan pakaian pengantin. Selain itu pelajar wajib mengikuti Latihan Industri selama 3 bulan dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran.
PELUANG KERJAYA
i) Usahawan
ii) Tukang Jahit
iii) Pereka Fesyen
iv) Pengajar di ILKA/ILKS
v) Bekerja di pusat-pusat industri atau kilang