Syarat Kelayakan
Pelajar lepasan SPM atau belia berusia minimum 18 tahun sehingga 30 tahun sahaja dan memenuhi syarat berikut:
1. Warganegara Malaysia
2. Bujang
3. Sihat fizikal dan mental
Bidang Teknologi Perekaan Acuan Plastik
Kursus ini memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran dalam mereka bentuk, merancang, mengawal dan menyelenggara acuan suntikan plastik yang digunakan secara meluas dalam industri pembuatan moden. Pelajar diberi pendedahan proses mereka bentuk acuan suntikan plastik dengan menggunakan prinsip kejuruteraan dan perisian CAD. Pelajar juga akan mempelajari Plastics Injection Mould Fabrication Planning and Control, yang menekankan perancangan serta kawalan proses pembuatan acuan bagi memastikan keberkesanan dan kualiti.
Pelajar akan menjalankan ujian acuan dan mengesahkan prestasi produk sebelum digunakan dalam pengeluaran sebenar serta mempelajari kaedah penyelenggaraan acuan bagi memastikan jangka hayat dan keberkesanan penggunaannya.
Peluang Kerjaya
1. Plastics Injection Mould Designer
2. Mould Fabrication Planner/Controller
3. Mould Trial & Validation Technician
4. Mould Maintenance Technician
5. Blow Mould/Extrusion Die Designer
Peluang Sambung Pengajian
Graduan TVET boleh meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam bidang teknikal dan vokasional yang berkaitan di universiti yang berikut :-
i. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
ii. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
iii. Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah
(UMPSA)
iv. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
v. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)