Kursus Jangka Panjang
    created
    2025-09-04 04:13:40
    id
    Diploma Teknologi Mekanikal (Penyelenggaraan Industri)
    DMU 34
    SKM Tahap 4
    9 Bulan + 4 Bulan Latihan Industri
    IKTBN Pagoh

    Syarat Kelayakan

    Pelajar lepasan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan


    1. Warganegara Malaysia
    2. Bujang
    3. Sihat mental dan fizikal

    Bidang Teknologi Mekanik Industri
     
    Kursus Teknologi Mekanik Industri di peringkat NOSS Level 4 melatih pelajar dalam pelbagai aspek penyelenggaraan dan pengurusan mesin industri termasuk penyelenggaraan mesin kawalan berkomputer (CNC), peralatan pengendalian bahan seperti Hoist dan Crane serta pengubahsuaian peralatan statik dan berputar. Selain itu, pelajar juga didedahkan kepada pengubahsuaian sistem automasi, teknik kalibrasi alat mesin bagi memastikan ketepatan pengeluaran serta kemahiran menghasilkan lukisan CAD untuk pemasangan mesin industri. Kursus ini turut menekankan aspek pentadbiran penyelenggaraan bagi memastikan operasi dijalankan secara sistematik dan efisien. Keseluruhannya, program ini membekalkan pelajar dengan gabungan pengetahuan teknikal, praktikal dan pengurusan yang diperlukan untuk menyokong keperluan industri moden dalam era Revolusi Industri 4.0.  



    Peluang Kerjaya

    1. Industrial Maintenance Technician 

    2. CNC and Automation Technician
    3. Maintenance Supervisor  
    4. Static and Rotating Equipment Technician
    5. Industrial CAD Designer
    6. Automation and Control Systems Technician

    Peluang Sambung Pengajian
     
    Graduan TVET boleh meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam bidang teknikal dan vokasional yang berkaitan di universiti yang berikut :-

    i.   Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
    ii.  Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
    iii. Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah 
         (UMPSA)
    iv. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
    v.  Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

    Please publish modules in offcanvas position.