Syarat Kelayakan
Pelajar lepasan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan
1. Warganegara Malaysia
2. Bujang
3. Sihat fizikal dan mental
Bidang Diploma Teknologi Kimpalan
Kursus ini memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran kimpalan menggunakan pelbagai proses utama dalam industri moden. Pelajar akan dilatih meliputi kimpalan fillet dan butt pada plat serta paip dalam pelbagai posisi (1F–6G). Silibus turut merangkumi latihan kimpalan untuk pelbagai jenis logam termasuk keluli karbon, keluli tahan karat dan aluminium.
Selain itu, kursus ini menyediakan modul elektif tahap lanjutan seperti SMAW 6GR, kombinasi GTAW & SMAW 6GC, serta kombinasi SMAW & FCAW 6GC, yang menekankan persediaan, pelaksanaan dan pemeriksaan kualiti kimpalan. Aspek keselamatan, kawalan kualiti dan pemeriksaan hasil kimpalan turut diberi penekanan bagi memastikan pelajar bersedia memenuhi piawaian industri.
Peluang Kerjaya
1. Juruteknik Kimpalan (Welding Technician)
2. Juruteknik Fabrikasi Logam (Metal Fabrication
Technician)
3. Penyelia Bengkel Kimpalan (Welding Workshop
Supervisor)
4. Juruteknik Automotif & Pembuatan
(Automotive/Manufacturing Welding Technician)
5. Juruteknik Penyelenggaraan Industri (Industrial
Maintenance Welder)
6. Pemeriksa Kimpalan (Welding Inspector)
Peluang Sambung Pengajian
Graduan TVET boleh meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam bidang teknikal dan vokasional yang berkaitan di universiti yang berikut :-
i. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
ii. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
iii. Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah
(UMPSA)
iv. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
v. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)