Syarat Kelayakan
Pelajar lepasan SPM atau pelajar berusia minimum 18 tahun sehingga 30 tahun sahaja
1. Warganegara Malaysia
2. Bujang
3. Sihat fizikal dan mental
Bidang Teknologi Kimplalan (SMAW)
Bidang ini memberi penekanan kepada kemahiran asas kimpalan menggunakan elektrod berlapis untuk menghasilkan sambungan logam yang kukuh dan berkualiti. Pelajar akan dilatih melaksanakan pelbagai posisi kimpalan fillet (1F, 2F, 3F, 4F) dan butt (1G, 2G, 3G, 4G) pada plat logam, dengan fokus kepada teknik yang betul, kawalan arka serta pematuhan kepada piawaian keselamatan industri. Kekerapan latihan praktikal intensif dirancang bagi memastikan pelajar mampu menghasilkan kimpalan yang memenuhi keperluan fabrikasi, pembinaan dan pembuatan moden.
Peluang Kerjaya
1. Juruteknik Kimpalan (Welding Technician)
2. Juruteknik Fabrikasi Logam (Metal Fabrication
Technician)
3. Penyelia Bengkel Kimpalan (Welding Workshop
Supervisor)
4. Juruteknik Automotif & Pembuatan
(Automotive/Manufacturing Welding Technician)
5. Juruteknik Penyelenggaraan Industri (Industrial
Maintenance Welder)
6. Pemeriksa Kimpalan (Welding Inspector)
Peluang Sambung Pengajian
Graduan TVET boleh meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam bidang teknikal dan vokasional yang berkaitan di universiti yang berikut :-
i. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
ii. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
iii. Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah
(UMPSA)
iv. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
v. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)