Kursus Jangka Panjang
    created
    2025-09-04 04:13:40
    id
    Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pemesinan CNC)
    SMC 03
    SKM Tahap 3
    21 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri
    IKTBN Pagoh

    Syarat Kelayakan 

    Pelajar lepasan SPM atau pelajar berusia minimum 18 tahun sehingga 30 tahun sahaja

    1. Warganegara Malaysia
    2. Bujang
    3. Sihat fizikal dan mental


    Bidang Teknologi Pemesinan CNC

    Kursus Pemesinan Am melatih pelajar dalam operasi pelbagai mesin CNC termasuk larik, pusat mesin, EDM die sinking, EDM wire cut, dan grinding, di samping memberi pengetahuan tentang penyeliaan operasi pemesinan. Keseluruhannya, kursus ini membekalkan kemahiran teknikal dan pengurusan yang diperlukan untuk menghasilkan komponen berketepatan tinggi serta menyokong keperluan industri pembuatan moden.

    Peluang Kerjaya

    1. Juruteknik CNC (CNC Machinist/Operator) 
    2. Pengaturcara CNC (CNC Programmer)
    3. Pereka Jig & Fixture (Jig and Fixture Designer)
    4. Penyelia Operasi Pemesinan (Machining 
        Operations Supervisor)
    5. Juruteknik Automasi Pembuatan
        (Manufacturing Automation Technician) 


    Peluang Sambung Pengajian 

    Graduan TVET boleh meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam bidang teknikal dan vokasional yang berkaitan di universiti yang berikut :-

    i.   Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
    ii.  Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
    iii. Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah 
         (UMPSA)
    iv. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
    v.  Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

    Please publish modules in offcanvas position.