Kursus Jangka Panjang
    created
    2025-09-04 04:13:40
    id
    Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Penyelenggaraan Industri)
    SMU 03
    SKM Tahap 3
    21 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri
    IKTBN Pagoh

    Syarat Kelayakan 

    Pelajar lepasan SPM atau pelajar berusia minimum 18 tahun sehingga 30 tahun sahaja

    1. Warganegara Malaysia
    2. Bujang
    3. Sihat fizikal dan mental


    Bidang Teknologi Mekanik Industri 

    Kursus ini meliputi pelbagai bidang kemahiran penting termasuk lukisan kejuruteraan industri, pemasangan dan penyambungan bahan, penyelenggaraan alat mesin mekanikal serta penyelenggaraan alat mesin elektrik dan elektronik. Selain itu, pelajar turut didedahkan kepada penyelenggaraan sistem automasi, penyelenggaraan mesin kimpalan serta penyelenggaraan peralatan statik dan berputar. Tidak ketinggalan, kursus ini juga menekankan kemahiran dalam penyelenggaraan peralatan pengendalian bahan seperti sistem penghantar (conveyor). Keseluruhannya, program ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan teori dan praktikal yang menyeluruh untuk memastikan kecekapan, keselamatan dan keberkesanan operasi industri moden.



    Peluang Kerjaya

    1. Industrial Maintenance Technician 

    2. CNC and Automation Technician
    3. Maintenance Supervisor  
    4. Static and Rotating Equipment Technician
    5. Industrial CAD Designer
    6. Automation and Control Systems Technician

    Peluang Sambung Pengajian 

    Graduan TVET boleh meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam bidang teknikal dan vokasional yang berkaitan di universiti yang berikut :-

    i.   Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
    ii.  Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
    iii. Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah 
         (UMPSA)
    iv. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
    v.  Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

    Please publish modules in offcanvas position.