Inisiatif program Rakan Mahir: Future Y-Skills diperkenalkan bertujuan menawarkan latihan kemahiran asas dan pertengahan kepada belia setempat menerusi kursus jangka pendek dengan menggunakan peralatan, kemudahan sedia ada, bahan guna habis dan kepakaran tenaga pengajar ILKBS yang mana ia secara tidak langsung membantu menangani kos sara hidup yang tinggi dihadapi oleh belia dan masyarakat kini.
Kursus Asas Penyelenggaraan Jentera Sukan 2 Roda ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengetahuan dan kemahiran asas dalam penyelenggaraan jentera sukan dua roda seperti motosikal sukan. Penyelenggaraan yang baik adalah penting bagi memastikan jentera berada dalam keadaan optimum, selamat digunakan serta dapat meningkatkan prestasi semasa aktiviti sukan.
Melalui kursus ini, peserta akan diperkenalkan kepada komponen utama jentera sukan dua roda, teknik pemeriksaan asas, serta kaedah penyelenggaraan seperti pelarasan komponen, servis sistem pelinciran, penapis dan sistem nyalaan.
Institut Kemahiran Sukan NegaraJalan Sultan Abdul Samad,Kampung Sungai Raba,42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
No. Telefon : 03-3180 2128No. Faks : 03-3180 1667Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
+ TVET Madani+ Kolej Vokasional+ Jabatan Pembangunan Kemahiran
+ MySPIKE+ Skills Malaysia+ UP TVET+ CIAST