Kursus Jangka Pendek
    created
    2025-08-14 00:04:43
    id
    22 - 24 Jun 2026
    Dr. Mohd Fawwaz Najmi Bin Mohd Fuzi
    IKSN Kuala Langat
    SELANGOR
    019-4090583
    Program Future Youth Skills 2026 - Pembuatan Item Dekorasi Menggunakan Teknologi Laser Cutting
    -

    Kursus Pembuatan Item Dekorasi Menggunakan Teknologi Laser Cutting ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan teknologi pemotongan laser dalam menghasilkan pelbagai item dekorasi yang kreatif dan berkualiti. Teknologi laser cutting membolehkan proses pemotongan dan ukiran dilakukan dengan lebih tepat, kemas dan efisien pada pelbagai jenis bahan seperti kayu, akrilik dan papan khas.

    Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari asas pembangunan grafik (reka bentuk digital) menggunakan perisian AutoCAD, asas teknologi laser cutting serta teknik penghasilan produk melibatkan proses potong, pasangan dan kemasan akhir. Peserta juga akan didedahkan kepada langkah keselamatan semasa mengendalikan mesin serta kaedah menghasilkan produk dekorasi seperti papan tanda, hiasan dinding, cenderamata dan item dekoratif lain.

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.