πŸ†πŸ₯‡πŸ₯ˆπŸ₯‰ HARI TERAKHIR PERTANDINGAN ILKBS SKILLS 2026 – PATISSERIE & CONFECTIONERY

    πŸ“… 1 November 2026 (Ahad)
    πŸ“ IKBN Bandar Penawar, Johor
    🎨 Tema: β€œThe Kampung Boy”

    BANDAR PENAWAR, 1 November 2026 – Pertandingan ILKBS SKILLS 2026 bagi bidang Patisserie & Confectionery melabuhkan tirainya hari ini setelah berlangsung selama tiga hari bermula 30 Oktober hingga 1 November 2026, bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar.

    Pertandingan yang menghimpunkan 12 peserta daripada enam institusi ILKBS ini menjadi medan terbaik untuk mengetengahkan bakat, kreativiti, inovasi dan penguasaan kemahiran teknikal dalam bidang seni pastri dan konfeksi.
    Lima peserta yang terlibat pada hari terakhir pertandingan ialah:

    1. Adlina Ibtisam binti Mohd Fairul Mu'min – IKTBN Bachok
    2. Muhammad Azroy Zakwan bin Sukarno – IKBN Kemasik
    3. Harith Ilham bin Hisamudin – IKBN Peretak
    4. Issac Sagan Jan – IKBN Miri
    5. Siti Nurain binti Nafiah – IKBN Bandar Penawar

    Berteraskan tema β€œThe Kampung Boy”, para peserta menampilkan kreativiti dan kemahiran dalam menghasilkan karya pastri yang menggabungkan elemen warisan tradisional masyarakat kampung dengan teknik serta persembahan moden.Kemuncak pertandingan menyaksikan pengumuman pemenang yang telah mempamerkan prestasi cemerlang berdasarkan penilaian barisan hakim profesional.

    πŸ… KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN
    πŸ₯‡ PINGAT EMAS
    JAMALIYATUL BALQIS BINTI JAMALUDIN
    IKBN BANDAR PENAWAR
    πŸ₯ˆ PINGAT PERAK
    MUHAMMAD AZROY ZAKWAN BIN SUKARNO
    IKBN KEMASIK
    πŸ₯‰ PINGAT GANGSA
    HARITH ILHAM BIN HISAMUDIN
    IKBN PERETAK

    Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang atas pencapaian membanggakan serta kepada seluruh peserta yang telah mempamerkan semangat juang, disiplin dan komitmen tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.

    Penghargaan turut dirakamkan kepada barisan hakim, jurulatih, urus setia serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan penganjuran pertandingan ini.
    Semoga penganjuran ILKBS SKILLS 2026 terus menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat dan kecemerlangan TVET, sekali gus melahirkan generasi belia berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berdaya saing di peringkat nasional serta antarabangsa.

    ✨ β€œWARISAN MENJADI INSPIRASI, KEMAHIRAN MENJADI KEBANGGAAN.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.